17 pasukan sertai Ragbi Maksak di Ipoh - Utusan Malaysia

17 pasukan sertai Ragbi Maksak di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 17 pasukan menyertai Kejohanan Ragbi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 10 Sebelah 2023 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Mac ini di Stadium Ragbi Perak di sini.

Pasukan yang bertanding terdiri daripada ATM, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Penjara dan Kelantan.

Turut menyertai kejohanan adalah PDRM, Perlis, Sabah, Johor, Sarawak, Perak, Labuan, Kuala Lumpur dan Pahang.

Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada empat kumpulan dengan juara bertahan, ATM diundi dalam Kumpulan A bersama Pulau Pinang, Melaka dan Kedah.

Manakala naib juara, Selangor diundi bersama Negeri Sembilan, Penjara dan Kelantan dalam Kumpulan B.

Sementara, Kumpulan C bakal menyaksikan pertarungan antara PDRM, Perlis, Sabah dan Johor manakala Sarawak, Perak, Labuan, Kuala Lumpur dan Pahang akan berentap dalam Kumpulan D. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya