TAWAU: Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap seorang wanita yang didakwa membunuh pemandu e-hailing yang juga suaminya, Januari lalu. Majistret Leona Dominic Mojiliu menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan kes yang baharu terhadap Nurima Juli, 33. Tertuduh didakwa pada 30 Januari lalu bagi pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas antara…