Sambung permohonan, kelulusan kuota pekerja asing - FMM

Sambung permohonan, kelulusan kuota pekerja asing – FMM

SOH THIAN LAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa membenarkan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing disambung semula dengan segera bagi memastikan industri yang memerlukan pekerja berpeluang mengekalkan operasi perniagaan dan memenuhi permintaan pasaran masing-masing.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, pembekuan permohonan dan kelulusan sehingga semua 995,396 pekerja kuota yang diluluskan menghalang orang lain mendapatkan pekerja.

Selain itu, ia memberi kesan kepada syarikat mempunyai pekerja yang pulang daripada menggantikan tenaga untuk mengekalkan operasi perniagaan untuk 18 bulan akan datang.

“Kerajaan mestilah mengiktiraf kelulusan kuota adalah sah untuk tempoh 18 bulan dari tarikh kelulusan, yang memberi masa yang diperlukan kepada pihak industri membawa masuk pekerja, kadangkala secara berkumpulan bagi memenuhi keperluan pengeluaran yang berubah-ubah,” katanya dalam kenyataan.

Gesaan itu dibuat berikutan pengumuman oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar pada 18 Mac 2023 berhubung penggantungan sementara permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing sehingga diberitahu kelak yang telah mengejutkan industri.

Penggantungan itu dibuat bagi membolehkan majikan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan kuota membuat pengaturan yang perlu dalam membawa masuk pekerja mereka.

Thian Lai berkata, kerajaan sepatutnya membabitkan industri bagi memahami situasi sebelum membuat sebarang keputusan. 

“Oleh itu, pihak industri merayu kerajaan untuk menyambung semula permohonan dan kelulusan pekerja asing bagi memenuhi keperluan pekerja yang dipacu melalui pasaran,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya