Royale Chulan rai 70 anak yatim, veteran ATM

Royale Chulan rai 70 anak yatim, veteran ATM

SERAMAI 70 orang anak yatim serta veteran ATM dirai sempena bulan Ramadan dengan sajian istimewa di Hotel Royale Chulan, Damansara. – FOTO/ASLINDA NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMBUKA tirai Ramadan, Royale Chulan Damansara mengambil keberkatan bulan suci ini dengan menghimpunkan anak-anak yatim, veteran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama selebriti dalam majlis berbuka puasa.

Seramai 70 orang anak-anak dari Telaga Kasih Nur Muhammad dan Rumah Cahaya Kasih serta 30 anggota veteran ATM diraikan dalam majlis tersebut yang turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Bob Yusuf, Amy Search dan Nabila Huda.

Pelbagai juadah bertemakan Warna Rasa Sajian Ibunda, menu sempena bulan Ramadan disajikan termasuk lauk pauk masakan kampung, sambal udang sumatra, daging salai masak lemak cili padi, dan kambing bakar.

Sumbangan duit raya turut disampaikan Pembantu Pengurus Eksekutif, Faizal Hussain kepada anak anak yang hadir di majlis tersebut.

Selain berbuka dan beramah mesra, turut diadakan ibadah solat tarawih berjemaah di ruang solat yang disediakan oleh pihak hotel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya