Rosyam Nor kini tumpu bantu masyarakat dalam IKS

Rosyam Nor kini tumpu bantu masyarakat dalam IKS

ROSYAM NOR

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor mahu memberikan manfaat kepada peminat dengan menceburi perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) menerusi perniagaan baharu miliknya.

Rosyam berkata, pembabitannya sebagai pengasas dan duta produk kambing perap diharapkan dapat dijadikan sebagai langkah permulaan peminat dalam bidang perniagaan.

“Saya mahu peminat saya menjadi ahli perniagaan. Mereka boleh bermula dengan menjual kambing dahulu. Kalau dulu mungkin nak kena beli kambing kemudian sembelih dan perlu bersihkan bulunya. Akan tetapi kini semuanya mudah.

“Mereka tinggal nak jual sahaja. Kalau tidak mahu jual, simpan sahaja dalam peti sejuk. Kita nak mendidik orang menjadi ahli perniagaan dan rakan kongsi mereka adalah Rosyam,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Rosyam berkata, beliau kini menetapkan sasaran sebanyak 30,000 peket untuk jualan pertama sempena bulan Ramadan.

“Kambing perap dengan sos pedas Korea ini adalah yang pertama di Malaysia dan beliau yakin ia bakal mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

“Bukan saja K-pop menjadi fenomena di Malaysia, malah apa saja produk keluaran negara itu menjadi kegilaan ramai, jadi kami inspirasikan sos pedas Korea yang digemari ini,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN