Rohana tak tahu wang diberikan Leissner dari dana 1MDB - Utusan Malaysia

Rohana tak tahu wang diberikan Leissner dari dana 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang tindakan akan diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, pemulangan kesemua wang dan aset yang diperoleh Rohana dilakukan selepas siasatan mendapati beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner.

Sehubungan itu kata sumber, Rohana telah memulangkan keseluruhan jumlah wang dan aset tersebut secara sukarela kepada Kerajaan Malaysia.

“Siasatan SPRM membabitkan Rohana berkaitan dengan dana 1MDB selesai dan tiada tindakan undang-undang susulan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta Rohana.

Bagaimanapun beliau enggan memperincikan mengenai perkara itu dan sekali lagi menegaskan sebanyak RM28.93 bilion iaitu lebih kurang 70 peratus jumlah keseluruhan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah berjaya dikembalikan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Rohana telah memulangkan wang AS$10 juta dan aset  dikaitkan dengan dana 1MDB kepada SPRM.

Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kesemua wang termasuk aset tersebut dipulangkan kepada kerajaan pada tahun lalu iaitu selepas siasatan SPRM selesai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya