Redah lereng gunung salji tebal hantar ubat mangsa gempa

Redah lereng gunung salji tebal hantar ubat mangsa gempa

ZURAINI Sulaiman dan Dr. Mohd. Khairul Anuar Kamarudin (dua kiri) bersama pegawai bertugas di Hospital Medan Malaysia selamat pulang ke tanah air di KLIA Terminal 1, Sepang Selangor. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang doktor Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersyukur dapat melunaskan tanggungjawab bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye, walaupun ditugaskan untuk misi Operasi Starlight II pada saat-saat akhir.

Pakar Pediatrik, Leftenan Kolonel Dr. Zuraini Sulaiman menganggap khidmatnya di Hospital Medan Malaysia (HMM) kali ini memberi cabaran dan pengalaman yang tersendiri berbanding misi-misi yang pernah disertai olehnya sebelum ini.

“Sebelum ini kita sertai misi yang terancang, ada yang sudah tahun enam bulan sebelum berlepas, tapi kali ini kami dimaklumkan kira-kira 48 jam untuk bersiap sedia jadi keadaan agak kelam kabut.

“Keadaan juga lebih mencabar kerana tak dapat gambaran sebenar keadaan di sana, kita bawa barang dan terus sahaja berlepas tetapi pada masa akan datang jika ada misi sebegini dan ditugaskan, kita sudah tahu kerana ada pengalaman.

“Tapi kami berjaya melunaskan tanggungjawab yang besar untuk meringankan penderitaan rakyat yang terkesan akibat gempa di sana, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesusahan mereka terutama yang sukar mendapat akses ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan kepulangan kumpulan misi operasi Starlight II di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1, hari ini.

Terdahulu seramai 110 pegawai dan anggota ATM selamat tiba di tanah air selepas enam minggu melaksanakan misi bantuan perkhidmatan perubatan mangsa gempa bumi melalui pengoperasian HMM di Celikhan, Turkiye.

Bercerita lanjut, Zuraini yang bertugas di Kem Terendak, Melaka itu berkata, selain masalah bahasa, antara cabaran lain yang dihadapi adalah cuaca sejuk yang ekstrim serta akses jalan yang terhad untuk sampai ke kawasan-kawasan perkampungan.

“Namun kita dapat kerjasama yang baik daripada penduduk setempat kerana terdapat dalam kalangan mereka yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan ada yang sukarela datang ke HMM untuk jadi penterjemah, tapi masuk minggu kedua dan seterusnya kami sudah boleh faham sedikit sebanyak pertuturan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Forward Medical Team (FMT), Mejar Dr. Mohd. Khairul Anuar Kamarudin berkata, kumpulan berkenaan mengambil inisiatif untuk mendekati penduduk kampung di kawasan tersebut yang tidak mempunyai akses untuk ke hospital besar, sekali gus terputus bekalan ubat-ubatan.

“Kebanyakan mereka tinggal di lereng-lereng gunung yang dipenuhi dengan salji tebal jadi sukar untuk mereka bergerak jadi pasukan kami yang akan mendekati mereka dengan bantuan daripada agensi tempatan bagi menyalurkan bekalan ubat selain bantuan awal dan rujukan ke hospital,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya