Raja Muda Perlis rasmi majlis sambutan Jubli Emas CIMA - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis rasmi majlis sambutan Jubli Emas CIMA

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Majlis Kemuncak Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun ke-50 Cement Industries Of Malaysia (CIMA) Berhad di Bukit Keteri, Chuping, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan majlis kemuncak sambutan Jubli Emas ulang tahun ke-50 Cement Industries Of Malaysia (CIMA) Berhad di Bukit Keteri, Chuping di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi CIMA, Datuk Zaiviji Ismail; Pengarah Urusan UEM Group Bhd yang juga Ahli Lembaga Pengarah CIMA, Datuk Mohd Izani Ghani; dan Pengarah Urusannya, Sharuddin Omar Hashim.

Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan dan seluruh warga CIMA di atas kejayaan beroperasi selama 50 tahun yang sudah tentu merupakan asas untuk syarikat ini terus melangkah lebih jauh dan memacu lanskap infrastruktur negara ini.

Sebagai sebuah syarikat yang mulanya bertapak di Perlis, baginda amat berbangga dengan pencapaian demi pencapaian yang dilakar oleh CIMA dalam tempoh lima dekad ini yang sehingga kini menjadi antara syarikat pengeluar simen dan konkrit yang terbesar dalam negara.

Baginda juga amat bersyukur dengan komitmen berterusan yang dizahirkan CIMA untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Perlis, menjaga kelestarian alam sekitar dengan sebaik mungkin dan menitikberatkan kebajikan gologan yang memerlukan di negeri ini.

Besarlah harapan baginda juga agar CIMA kekal mencatatkan lebih banyak kejayaan di masa hadapan dan mudah-mudahan limpahan daripada kejayaan itu nanti akan terus dapat sama dirasai oleh negeri dan rakyat Perlis.

Sempena majlis tersebut, turut diadakan taklimat di sepanjang Milestone Wall, tayangan video korporat CIMA, menandatangani plak penyempurnaan kemuncak majlis itu dan tayangan video Jubli Emas CIMA ke-50.

Selain itu, pengurniaan anugerah lama berkhidmat bagi meraikan 40 kakitangan yang sudah berkhidmat lebih daripada 30 tahun di syarikat yang kini mempunyai seramai 940 orang warga kerja tersebut.

Pihak CIMA turut mengadakan kerjasama strategik bersama dengan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menjayakan beberapa inisiatif khidmat Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) mengambil sempena sambutan besar-besaran ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya