Puteri kedua Raja Muda Perlis berkenan hadir NSC Charity Drive 2023 - Utusan Malaysia

Puteri kedua Raja Muda Perlis berkenan hadir NSC Charity Drive 2023

SHARIFAH Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat membuat pelepasan ‘flag off’ Kelab Kereta Berkuasa Tinggi Utara (NSC) Charity Drive 2023’ di perkarangan Rumah Kanak-kanak Arau Guar Nangka, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Puteri kedua Raja Muda Perlis, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat membuat pelepasan ‘flag off’ Kelab Kereta Berkuasa Tinggi Utara (NSC) Charity Drive 2023 di pekarangan Rumah Kanak-kanak Arau Guar Nangka di sini, semalam.

Ketibaan Sharifah Farah Adriana disambut oleh wakil NSC, Beh Kwan Wei dan Ivaen Chew.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Ku Chik Ku Mat Esa.

Terdahulu diadakan sesi persembahan sumbangan daripada pihak NSC kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang diterima oleh Sharifah Farah Adriana bagi pihak Tuanku Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Pengerusi yayasan bagi tujuan menjayakan Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis berjumlah RM13,888.

Pihak NSC turut menyumbangkan RM12,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Arau sempena program amal tersebut.

Terdahulu diadakan taklimat daripada wakil Rumah Kanak-kanak Arau kepada sekalian yang hadir terdiri daripada para pemilik 28 buah kenderaan berkuasa tinggi yang majoritinya datang dari Pulau Pinang.

Para peserta konvoi turut mengadakan lawatan di sekitar Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai dan mereka amat teruja melihat kejayaan transformasi yang dilaksanakan atas ilham dan kasih sayang Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke atas rakyat.

Program tranformasi itu disokong padu oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan YTSP Perlis bersama pelbagai jabatan, agensi serta individu dan mendapat dokongan penuh daripada kepimpinan dan masyarakat setempat walaupun ianya baru sahaja lebih dua tahun dijayakan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya