Program Jom Ziarah Gereja dibatalkan - Utusan Malaysia

Program Jom Ziarah Gereja dibatalkan

KEADAAN lengang di pekarangan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes di Klang, Selangor. – MINGGUAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Program Jom Ziarah Gereja di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes di sini semalam dibatalkan susulan penetapan dan arahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, kawasan gereja itu lengang tanpa sebarang keha­diran peserta program.

Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir berkata, agensi di bawah KBS itu akur sepenuhnya arahan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Program itu dibatalkan susulan penggulungan menteri di Parlimen, baru-baru ini. Tiada sesiapa menghadirinya dan pe­nganjuran program seumpama ini diserahkan kepada Kementerian Perpaduan Negara,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tinjauan mendapati wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor menjalankan pemantauan di gereja tersebut.

Kelmarin akhbar ini melaporkan penganjuran program bagi memujuk atau mempengaruhi umat Islam cenderung kepada agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali di Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menegaskan, perkara itu merupakan kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Kerajaan Selangor turut me­larang sama sekali penganjuran sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain di negeri ini dan perlu mengikuti garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Terdahulu, Hannah di Parlimen menyatakan bahawa program Jom Ziarah telah ditukar dan dihadkan hanya kepada belia bukan Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya