KUALA LUMPUR: Program Kota Baca 2026 yang berlangsung di ibu negara menyasarkan kehadiran antara 50,000 hingga 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya. Pegawai Komunikasi Korporat, Mohd. Hairul Hasraf Niwan berkata, penganjuran kali ini memberi penekanan kepada usaha penjenamaan (branding) bagi memperkukuh kedudukan Kota Baca sebagai platform utama pemerkasaan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya jualan buku rakyat yang menampilkan pelbagai pilihan bahan bacaan untuk semua…










