Polis terima laporan kesilapan identiti mayat

Polis terima laporan kesilapan identiti mayat

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menerima laporan yang dibuat ahli keluarga tahanan berhubung kesilapan identiti mayat yang tertukar di Hospital Sungai Buloh, 3 Mac lalu.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima polis dibuat pada 4 Mac di Balai Polis Jinjang sebelum dirujuk  kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk siasatan lanjut.

“Laporan itu dibuat oleh ahli keluarga berkenaan disebabkan tidak berpuas hati dengan pihak penjara kerana silap menghantar mayat.

“Pada masa sama, polis turut menjalankan siasatan berhubung kematian banduan yang tersilap hantar itu yang meninggal dunia di Penjara Sungai Buloh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, kes kematian banduan yang meninggal dunia di penjara berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Penjara Malaysia gagal apabila tiada respon diterima.

Media semalam melaporkan sepasang suami isteri terkejut dan bingung apabila anak mereka yang mahu disemadikan selepas meninggal dunia di Penjara Sungai Buloh akibat kegagalan paru-paru ‘hidup’ semula.

Tahanan itu dikenali sebagai C. Lakshman, 19, dilaporkan dunia pada 2 Mac lalu apabila pihak  Penjara Sungai Buloh menghubungi ahli keluarga keesokan harinya memaklumkan bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh. 

Bagaimanapun, ketika urusan menyemadikan mendiang, ahli keluarga menerima panggilan dari Penjara Sungai Buloh memberitahu anak mereka masih hidup.

Bapa Lakshman, A. Chantren, 45, berkata, pihaknya pergi ke hospital untuk melihat mayat namun tidak dibenarkan apabila perlu menandatangani beberapa borang. 

Katanya, dia dimaklumkan anak tersebut adalah mayat anaknya dan semasa melihat dia sendiri bingung kerana keadaan fizikal mayat sudah botak serta berubah disebabkan sudah meninggal dunia beberapa hari.

Bagaimanapun, hanya beberapa jam sebelum dibakar dia menerima panggilan dari penjara memaklumkan anak masih hidup.

Keluarga berkenaan kini bukan hanya tidak mengetahui mayat siapakah yang dibawa pulang bahkan sudah berbelanja ribuan ringgit sebagai persediaan mengebumikan mayat yang bukan anak mereka.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya