Polis jangan bagi muka, siasat peserta pesta LGBT

Polis jangan bagi muka, siasat peserta pesta LGBT

TANGKAP layar video tular perarakan peserta perhimpunan yang memegang bendera simbol LGBT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat video tular mengenai pesta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau perarakan kumpulan seks songsong itu yang didakwa berlaku di ibu negara.

Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Noor berkata, jika benar wujud perarakan sedemikian, pihak polis harus menangkap semua peserta dan mengenakan tindakan sewajarnya sebagai pengajaran agar acara sedemikian tidak akan berulang lagi.

Beliau berkata, walaupun tidak dinamakan secara khusus, perarakan LGBT itu dilihat berselindung di sebalik penganjuran perhimpunan Women’s March Malaysia 2023 apabila kebanyakan peserta memegang bendera pelangi yang merupakan simbol LGBT.

“Jangan bagi muka, keadaan sebegini boleh menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Pemimpin politik kerajaan juga harus bertindak dan menyiasat siapa dalang di sebalik penganjuran acara tersebut,” katanya di sini hari ini.

FAIZAN MOHD NOOR

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya mengeluarkan kenyataan bahawa penganjur perhimpunan itu akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung perakan yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan tersebut sambil memegang plakad di antaranya ‘Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Bride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body’ dan lain-lain lagi.

Kesemua individu yang sedang dikenal pasti terlibat di dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.

Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf LGBT serta konsep negara sekular.

Titah baginda, jaminan itu bertepatan waktunya untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius memelihara prinsip Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya