Plaza tol lebuh raya PLUS kini dilengkapi 12 lorong RFID

Plaza tol lebuh raya PLUS kini dilengkapi 12 lorong RFID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa plaza tol di lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini dilengkapi dengan 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi mengatasi masalah kesesakan yang menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja-kerja menambah lorong RFID di Lebuh raya Utara-Selatan kini sudah selesai lebih awal daripada perancangan asal selepas diumumkan Januari awal tahun ini. 

Katanya, ini kerana penambahan lorong RFID itu berdasarkan perancangan asal dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap pertengah April. 

“Kerja-kerja menambah lorong RFID di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai. Pada ketika ini, sebanyak 12 lorong tambahan RFID telah mula beroperasi sejak 11 Mac lalu di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. 

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada PLUS kerana telah menambah 12 lagi lorong RFID di lebuh raya kendaliannya lebih awal dari yang dijadualkan sebelum ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Pada masa sama, Alexander berkata, beliau berharap pengguna dapat mengamalkan kaedah penggunaan RFID yang betul. 

“Saya telah diberi jaminan bahawa sistem RFID akan sentiasa dipastikan berada di dalam keadaan yang terbaik. 

“Namun saya juga mengharapkan kerjasama daripada penggguna RFID di lebuhraya PLUS untuk sentiasa menggunakan Lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol serta memastikan baki eWallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya