Pinda segera AUKU, pelajar bebas berpolitik - Utusan Malaysia

Pinda segera AUKU, pelajar bebas berpolitik

KPT sedang mempertimbangkan perubahan di bawah Seksyen 15 AUKU dengan membenarkan pelajar berpolitik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi membenarkan pelajar bebas berpolitik perlu dilaksanakan dengan segera.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Prof. Madya Dr. Azmi Hassan berkata, apabila kebenaran untuk Undi18 dilaksanakan tahun lalu, maka tidak mustahil untuk AUKU tidak dilakukan.

Menurutnya, seiring dengan perkembangan gaya pemikiran dan teknologi pada zaman kini, mahasiswa di negara ini dapat dilihat berpengetahuan dan matang dalam menyuarakan pendapat.

“Apabila akta tersebut dilonggarkan, ini dapat memberi kelegaan kepada mereka untuk bersuara kerana adanya kebenaran yang diperuntukkan dalam undang-undang negara,” kata­nya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin akhbar ini melaporkan, perubahan Seksyen 15 AUKU bakal dipertimbangkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menurut laporan tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu, KPT komited dalam memastikan kuasa mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diperkasakan.

Azmi berkata, ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ba­nyak dalam kalangan orang muda yang cuba menyatakan rasa tidak puas hati dan perkara yang difokuskan oleh pemimpin.

Tambahnya, pelaksanaan terhadap akta sebelum ini bertujuan supaya mahasiswa seimbang dalam perihal politik dan akademik.

“Ini berikutan pihak universiti takut mahasiswa terlampau memberi perhatian kepada perihal politik,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mahu dikenali sebagai Akmal Wahida bersetuju agar pindaan tersebut dilaksanakan segera agar kelantangan suara mahasiswa dapat didengari.

“Dengan ini kita dapat me­ngubah pemikiran dan stigma masyarakat yang menganggap orang muda kurang matang dalam fikiran dan keputusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.