Pesara polis terima anugerah PJPN

Pesara polis terima anugerah PJPN

ANTARA penerima anugerah PJPN bergambar bersama Rodzi Abu Hassan (lima dari kanan) dalam majlis ringkas di IPD Kubang Pasu, Jitra, Kedah, baru-baru ini. – FOTO/AZMIN NAYAN

BAGI menghargai jasa bekas-bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sudah bersara, pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menganjurkan satu majlis di IPD itu, baru-baru ini.

Dalam majlis yang diadakan secara ringkas itu, kira-kira lapan pesara polis dirai dan dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai mengenang bakti mereka kepada PDRM dan masyarakat.

Majlis penyampaian anugerah PJPN tersebut disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN