Penyokong persoal tindakan mendakwa Muhyiddin

Penyokong persoal tindakan mendakwa Muhyiddin

muhyiddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Jika seorang negarawan diperlakukan sebegini, apalah nasibnya kita sebagai rakyat’. Demikianlah teriakan salah seorang penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang hadir memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Menurutnya, dia menyifatkan kerajaan hari ini takut dan bimbang dengan gelombang kebangkitan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Abah menjadi menjadi mangsa untuk menyelamatkan nasib jutaan rakyat ketika Covid-19,” tegasnya.

Terdahulu, perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur mula dibanjiri oleh penyokong-penyokong Muhyiddin sejak pukul 8.30 pagi. 

Anggaran penyokong yang tiba setakat ini, adalah seramai 200 orang bagi menunjukkan tanda sokongan kepada Muhyiddin. 

Mereka memakai baju-T dengan slogan ‘Kami Bersama Abah’ dan menggunakan tanda pagar #AbahTabah di selempang berwarna merah. 

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Muhyiddin yang juga Presiden parti telah didakwa atas perkara-perkara yang tidak munasabah. 

“Walaupun hari ini cerah dan baik, tetapi negara suram kerana seorang negarawan telah difitnah atas sebab yang tidak masuk akal. 

“Kita harapkan agar pegawai-pegawai mahkamah dan pendakwaan, menjalankan tanggungjawab demi rakyat kerana Allah tanpa perlu takut kepada telunjuk mana-mana pihak. 

“Kalau seorang negarawan boleh diperlakukan sebegini, apalah agaknya nasib kita senua rakyat. Insha Allah kita sama-sama usaha mendoakan dan yakin percaya Allah akan permudahkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Pada hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM230 juta.

Kesemua nilai berkenaan disyaki hasil daripada 30 rasuah yang diterima Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebagai balasan mendapatkan projek kepada kontraktor.

Pertuduhan terhadap Muhyiddin dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 berkaitan dana Jana Wibawa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum itu mengesahkan Muhyiddin akan didakwa di mahkamah di sini hari ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya