Penyelidik UMS terus unggul dalam MTE 2023 - Utusan Malaysia

Penyelidik UMS terus unggul dalam MTE 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul sembilan pingat dan satu anugerah khas pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE).

Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) menyaksikan penyertaan lebih 500 produk inovasi dari 15 buah negara. Kesemua pingat yang terdiri daripada tiga emas, dua perak dan empat gangsa diraih dalam kategori International Innovation Awards (IIA) dengan menyaksikan 100 peratus kemenangan untuk semua penyertaan UMS.

Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang. Hadir sama pada majlis penyampaian anugerah ialah Timbalan Naib Canselor

Menurut sumber, dapat dilihat peningkatan pencapaian emas 200 peratus berbanding penyertaan pada 2021. Pingat emas pertama dimenangi melalui produk inovasi bertajuk Interactive Pre-Maths oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Dr. Connie Shin.

“Produk itu juga turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas (Special Award) daripada Persekutuan Persatuan Pencipta Antarabangsa (IFIA),” kata sumber.

Pingat emas kedua diterjemahkan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Dr. Jinky Jane C. Simeon dengan produk Sompoton Video Assisted Learning (VAL) KIT.

Selain itu, satu lagi pingat emas dimenangi melalui inovasi bertajuk UMS Transformation Modules for
Young Inmates oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Dr. Esther Jawing.

Dalam pada itu, Connie yang turut mengetuai kumpulan penyelidik bagi produk Eco Pre-
Maths sekali lagi mengharumkan nama UMS apabila inovasi mereka berjaya menyumbang
satu pingat perak.

Pingat perak kedua diperoleh kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Madya Dr. Fauziah Sulaiman melalui inovasi bertajuk Integrated STEM-PBL Physics Module.

Seterusnya, empat pingat gangsa masing-masing dimenangi kumpulan penyelidik yang diketuai Dr. Razak Mohd Ali Lee (WiRSense), Dr. Intan Soliha Ibrahim (UMSfm’s Broadcasting Technology), Junaidah Januin (Prison Learning Project: Enriching Adults Inmates with Communication Modules), dan kumpulan Prof. Madya Dr. Oliver Valentine Boy (Advance Tool
for Tourism).

Program ini berlangsung selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur baru-baru ini, kesemua penyertaan penyelidik UMS dikendalikan Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya