Felda perlu segera selesai isu perumahan, tanah peneroka

Felda perlu segera selesai isu perumahan, tanah peneroka

ANWAR Ibrahim ketika mengadakan pertemuan bersama pengurusan Felda hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah yang sekian lama membelenggu warga Felda perlu diselesaikan segera.

Ia bagi memastikan kebajikan peneroka serta masa depan generasi mereka terus terbela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu-isu berkenaan tidak boleh terus dibiarkan berlarutan dan perlu ditangani dengan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga Felda.

“Saya mahukan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga Felda, dengan setiap permasalahan diteliti secara cermat dan disusuli pelan penyelesaian yang jelas.

“Kerajaan Madani akan terus memperkukuh Felda serta memastikan setiap ikhtiar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada para peneroka dan keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN