Penguat kuasa dibayar RM2,500 lepaskan PATI

Penguat kuasa dibayar RM2,500 lepaskan PATI di lapangan terbang

PEGAWAI IMIGRESEN yang ditempatkan di kaunter pemeriksaan lapangan terbang perlu bertanggungjawab memegang amanah negara.-GMABR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Antara lima hingga 20 orang pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah telah dilepaskan semasa  pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas bayaran rasuah dibuat kepada pegawai penguat kuasa di situ.

Kegiatan sejak 2018 itu terbongkar selepas sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa ditahan SPRM kelmarin kerana disyaki terlibat.

Penahanan kira-kira pukul 2.30 petang sehingga 8.40 malam itu membabitkan lima termasuk dua pegawai wanita berusia antara 30 hingga 41 tahun.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, operasi khas itu dijalankan SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikenali sebagai “Op Lancar”.

Kata kenyataan itu, modus operandi sindiket terbabit ialah setiap PATI atau Pemastautin Sementara yang tidak mempunyai dokumen lengkap atau mempunyai sekatan akan membayar sekitar RM2,500 kepada ejen PATI tersebut jika ingin keluar dari Sabah melalui Lapangan Terbang Tawau.

Sindiket kemudian akan membekalkan kad pengenalan (Mykad) tulen  dan pas masuk menaiki pesawat di atas nama pemilik asal MyKad kepada kumpulan PATI yang menggunakan khidmat mereka.

“PATI dari negara jiran terbabit kemudian akan melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas bayaran rasuah dibuat kepada pegawai penguat kuasa tersebut,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut mengenai operasi tersebut, SPRM telah merampas beberapa barangan seperti telefon bimbit, kad pengenalan Malaysia milik individu lain dan cop keluar Sabah yang lengkap dengan nombor siri. 

Sementara itu, JPN dalam operasi itu juga telah menahan seramai 12 orang PATI yang didapati memasuki negara menggunakan sindiket terbabit. 

Sehubungan itu, SPRM akan terus bekerjasama rapat dengan JPN dan agensi penguat kuasa lain untuk memerangi sindiket penyeludupan PATI ini.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya