Penganjur ekspo tanggung kos perubatan Kamal Adli

Penganjur ekspo tanggung kos perubatan Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun masih trauma, pelakon, Uqasha Senrose sekurang-kurangnya mampu menarik nafas lega selepas kos perubatan suaminya, Kamal Adli yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur ekspo di Singapura.

Perkara itu disahkan oleh pengacara dan usahawan selebriti, Roslan Shah menerusi sesi live di Tiktok bersama Presiden Persatuan Seniman Malasyia (Seniman), Zed Zaidi, awal pagi tadi.

Katanya, dia adalah individu yang bertanggungjawab menemani Uqasha semasa menghantar Kamal ke hospital dan membuat laporan polis di negara tersebut.

“Alhamdulillah, pihak penganjur ambil berat mengenai insiden ini dan menanggung kos perubatan Kamal di hospital. Saya juga bertanggungjawab dalam hal ini sebab membawa rakan-rakan artis berniaga di sini.

“Ada lebih 10 artis dari Malaysia yang turut terlibat dalam ekspo ini seperti Azza Elite, Abby Abadi, Fauziah Latiff, Tya Arifin dan ramai lagi,” katanya di platform media sosial tersebut.

Menceritakan detik kejadian, Roslan berkata, ketika itu dia berada di luar dewan sebelum terkejut apabila mendapati Kamal berlumuran darah dan suasana bertukar cemas.

“Waktu petang hingga malam memang ekspo dikunjungi ramai orang. Selepas pukul 9 malam dan acara pun sampai ke penghujung, tiba-tiba datang seorang lelaki yang bertanya di mana Kamal.

“Lelaki yang disangka ingin bergambar rupa-rupanya terus mengeluarkan cota besi dan melibas di bahagian belakang kepala Kamal sehingga berlumuran darah,” katanya.

Kelmarin, Kamal diserang individu tidak dikenali ketika sedang bergambar bersama peminat di sebuah acara ekspo di Singapura.

Kejadian mengejutkan itu berlaku secara tiba-tiba dan penjenayah tersebut sudah diberkas selepas orang ramai menahan individu tersebut.

Kongsi Uqasha kepada Utusan Malaysia, Kamal dipukul di bahagian kepala berkali kali dan penjenayah tersebut turut mengugut untuk mencederakan pelakon itu serta adik-beradiknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.