Pelbagai alat mainan seks bernilai RM1.1 juta dirampas - Utusan Malaysia

Pelbagai alat mainan seks bernilai RM1.1 juta dirampas

NIK YUSAIMI Yussof (tiga dari kanan) menunjukkan pelbagai alat mainan seks bernilai RM1.1 juta yang dirampas di sebuah gudang di Bukit Mertajam dalam sidang akhbar di Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas sebanyak 22,929 alat mainan seks bernilai RM1.1 juta di sebuah gudang perkakasan di Bukit Mertajam dekat sini, 15 Februari lalu.

Setiausaha Bahagian PKK, Nik Yusaimi Yussof berkata, dalam serbuan menerusi Ops Maya kira-kira pukul 12 tengah hari itu, seorang wanita berusia 29 tahun turut ditahan.

Jelas beliau, gudang terbabit dijadikan tempat penyimpanan alat mainan seks dan suspek mulai aktif menjualnya secara online sejak tahun lalu.

“Suspek yang juga pemilik gudang telah dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada 2 Mac lalu dan dihukum denda sebanyak RM5,000 selepas mengaku bersalah.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memudaratkan kemoralan dan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana mengedar atau menjual barang-barang lucah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, alatan permainan seks itu didapati dibawa masuk dari luar negara dan dijual dengan harga RM70 sehingga RM450 seunit.

Jelasnya, penjual boleh mengaut keuntungan sehingga dua kali ganda iaitu RM3.3 juta susulan permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Operasi ini bertujuan membanteras penjualan dan pembelian mainan seks kerana dilarang serta berlawanan daripada segi moral dan budaya di negara ini.

“Gejala tidak sihat ini dikhuatiri memudaratkan kepentingan awam dan diharapkan mana-mana individu tidak terlibat dengan semua aktiviti yang memudaratkan moral,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penjualan dan pengedaran alat mainan seks diminta menghubungi pihak KDN di talian 03-8000 8000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya