Parlimen: Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat, alternatif kepada hukuman mati mandatori - Utusan Malaysia

Parlimen: Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat, alternatif kepada hukuman mati mandatori

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori.

Itu antara beberapa dasar baharu yang dipersetujui Kabinet pada mesyuarat Jumaat lalu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia akan diganti dengan hukuman alternatif baharu iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

“Selain itu, hukuman penjara sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuh sepenuhnya dalam semua undang-undang; hukuman mati dimansuh bagi kesalahan tidak menyebabkan kematian, melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman penjara sepanjang hayat yang sudah dikenakan, disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.

“Cadangan RUU ini dijangka memberi kesan kepada 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang sudah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Azalina menjawab pertanyaan Senator Datuk Koh Nai Kwong mengenai status terkini kajian semula cadangan melaksanakan hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.

Katanya, dasar kerajaan ketika ini ialah untuk mengubah hukuman, bukannya menghapuskan hukuman mati berkenaan dengan kuasa budi bicara diberi kepada hakim.

Jelasnya, bacaan kali pertama bagi RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 akan dilakukan pada Isnin ini.

“RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka memberi kesan kepada 476 orang banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.

“Hal ini disebabkan hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya