PARLIMEN: Tiada keperluan mansuh STPM

PARLIMEN: Tiada keperluan mansuh STPM

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: tiada keperluan memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, peperiksaan STPM yang ditawarkan Kementerian Pendidikan adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996.

Katanya, Tingkatan Enam mencakupi silibus penting dan memberi jaminan ia mesti wujud serta diteruskan.

“Kewujudannya bertujuan memastikan pelajar peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa. STPM itu sendiri diiktiraf Cambridge Assessment International Education.

“Semua universiti awam (UA) di negara kita mengiktiraf kelulusan ini, malah lebih 2,000 universiti seluruh dunia turut mengiktiraf sijil STPM.

“Lulusan Tingkatan Enam ini boleh melanjutkan pelajaran ke mana-mana sahaja dalam negara, luar negara, Amerika Syarikat, semua negara Komanwel dan negara Asia Barat,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan kerajaan memansuhkan STPM dan menggantikannya dengan program Matrikulasi.

Menurut Fadhlina, sasaran dan matlamat Tingkatan Enam relevan dan mempunyai nilai tersendiri berbanding program matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia.

“Tingkatan Enam ini bertujuan memberi akses seluas-seluasnya kepada lepasan menengah, menerusi 643 pusat Tingkatan Enam pelbagai mod pembelajaran di seluruh negara.

“Malah kementerian jakan meluaskan Kolej Tingkatan Enam yang dirancang di Pahang iaitu di Kolej Astana, Kuantan dan satu lagi di Sri Lipis, selain pembinaan Kolej Tingkatan Enam di Kelantan yang sudah lulus peruntukan pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya