PARLIMEN: Tiada insentif, subsidi untuk pengusaha Menu Rahmah

PARLIMEN: Tiada insentif, subsidi untuk pengusaha Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang memberi sebarang insentif atau subsidi kepada mana-mana pengusaha Menu Rahmah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Menu Rahmah adalah inisiatif pihak industri yang dilaksanakan pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela.

Katanya, inisiatif Menu Rahmah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengusaha industri makanan dan minuman tersebut.

“Kementerian belum mempunyai cadangan untuk memberikan sebarang insentif atau subsidi kepada pengusaha-pengusaha Menu Rahmah.

“Bagaimanapun, kementerian terus menyokong dan membantu dari segi promosi melalui platform media dan portal Menu Rahmah yang diperkenalkan bagi memastikan Inisiatif Menu Rahmah ini dapat diperluas,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Cha Kee Chin yang meminta kementerian menjelaskan apakah inisiatif dan pendekatan untuk menambah baik pelaksanaan menu Rahmah ini, agar ia dapat memanfaatkan bukan sahaja pengguna tetapi kepada kedai makan yang terlibat untuk jangka panjang.

Sehingga 28 Mac 2023 sebanyak 1,531 pengusaha makanan dan minuman telah menyertai inisiatif ini dan menawarkan Menu Rahmah kepada pengguna pada harga RM5. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya