Parlimen: Syarikat telur salah guna nama JPM? 

Parlimen: Syarikat telur salah guna nama JPM? 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa terdapat syarikat menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk membersihkan namanya daripada isu kartel telur. 

Semasa berbahas di Dewan Rakyat, Ka Siong memaklumkan beliau telah dihubungi oleh seorang individu yang menuntutnya untuk membuat satu kenyataan berhubung kenyataannya di Parlimen tentang kemasukan telur import. 

“Saya hendak beritahu di Dewan ini, saya harap saya tidak akan diugut lagi. Terima kasih kepada Yang Dipertua kerana memberi surat pada saya, ini surat untuk wakil rakyat. Siapa yang berucap dalam Dewan ini terlindung dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 63 dan saya salah seorangnya. 

WEE KA SIONG

“Semalam pada pukul 9.51 pagi saya menerima panggilan daripada seorang nama Deepak yang mendakwa dirinya mewakili JNE Advance Tech Sdn. Bhd., mengatakan beliau telah bincang dengan JPM untuk saya buat satu kenyataan dan kita selesaikan luar mahkamah. 

“Saya tidak rasa ini adalah daripada perdana menteri, mereka hanya gunakan nama JPM dan pada saya isu ini harus kita ambil perhatian,” katanya. 

Jelas Ka Siong, beliau memberitahu kepada individu yang tidak dikenali itu tiada nama yang disebut maka tidak ada sebarang kenyataan perlu dibuat.

“Kenapa dia perlu suruh saya buat kenyataan untuk betulkan apa saya kata di Parlimen? Saya cuma jadi jurucakap rakyat. Ini masalah bekalan telur. Saya tidak ada niat, saya tidak ada apa-apa kepentingan. 

“Dia kata saya mengarah peguam saya untuk pergi mahkamah untuk buat satu writ saman,” katanya. 

Mencelah perbahasan itu, Ahli Parlimen Sungai Buloh menzahirkan kegusarannya berkaitan sikap tidak bertanggungjawab beberapa pihak yang menggunakan nama JPM untuk mendapatkan sesuatu. 

“Ini bukan sahaja tidak beretika tetapi juga satu intimidasi. Kalau kita terus beri orang gunakan nama JPM dan nama perdana menteri, kelak kita akan berhadapan dengan situasi, mereka berani untuk guna nama yang lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN