Parlimen: RM170 juta untuk selenggara RKAT

Parlimen: RM170 juta untuk selenggara RKAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mengeluarkan kos RM170 juta daripada RM722 juta jumlah keseluruhan yang diperuntukkan untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT)

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, peruntukan yang disediakan Kerajaan Madani adalah lebih tinggi berbanding yang disediakan pada tahun 2022. 

“Daripada keseluruhan RM722 juta yang diperuntukkan kerajaan melalui RKAT dalam belanjawan tahun ini, RM170 juta daripada jumlah tersebut adalah untuk tujuan penyelenggaraan. 

“Kalau kita lihat peruntukkan selenggaraan yang kita terima tahun ini adalah lebih tinggi dari tahun lalu, selebihnya peruntukan pada tahun 2023 adalah untuk tujuan pembinaan RKAT baharu ATM di seluruh negara,” katanya dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Adly mengakui penyelenggaraan RKAT akan menumpukan pada rumah-rumah kritikal kerana peruntukan itu masih tidak mencukupi. 

“Bagi peruntukan selengaraan, kerja-kerja yang melibatkan selenggaraan berkala dan naik taraf daripada dua kediaman kepada satu RKAT dan juga kerja-kerja korektif. 

“Pelaksanaan bagi selenggara RKAT adalah jabatan kerja raya, bahagian kejuruteraan pertahanan dan juga ATM sendiri melalui Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan.

“Kedua-dua agensi ini telah menyusun dan memberikan keutamaan ke atas selenggaraan kritikal memandangkan peruntukan tersebut pada dasarnya belum mencukupi untuk selenggara di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN