Parlimen: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan

Parlimen: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak teruskan fungsi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diperkenal oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, pasukan itu tidak memberikan kesan terhadap penurunan kadar inflasi di negara ini.

“Kalau kita tengok kadar inflasi sama daripada tahun lepas hingga sekarang, cuma tahun ini, kita lihat ada sedikit pengurangan dari segi peningkatannya.

“Jadi kita tidak teruskan mesyuarat, lagi pun tidak efektif mesyuarat diadakan dua kali seminggu. 

“Jadi tiada penerusan dari segi jawatankuasa tersebut,” katanya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) dalam soalan tambahannya minta penjelasan sama ada pasukan khas itu masih wujud dan sejauh mana keberkesanannya dalam membantu rakyat menangani cabaran peningkatan kos sara hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya