PARLIMEN: KPM gagal  jawab lisan isu RMT, ditegur Timbalan Yang Dipertua

PARLIMEN: KPM gagal  jawab lisan isu RMT, ditegur Timbalan Yang Dipertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) gagal memberi jawapan lisan bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Marzuk Shaary [Pengkalan Chepa-PN] berhubung Program Rancangan Khas (RMT) ketika di Dewan Rakyat hari ini. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, beliau tidak mempunyai jawapan pada masa ini dan meminta diberi kebenaran menyediakan jawapan bertulis. 

“Minta maaf, jawapan saya tidak sediakan. Boleh saya beri secara bertulis?” soalnya kepada Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ramli Mohd Nor.

Datuk Seri Ronald Kiandee [Beluran-PN] bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana menurutnya soalan yang dikemukakan itu telah lama diberikan. 

“Ini tidak sepatutnya berlaku dalam Dewan ini. Soalan-soalan ini telah lama diberikan kepada pihaknya. Mereka sepatutnya sudah menyediakan jawapan itu lama dahulu,” katanya.

Ramli yang juga terkejut dengan keadaan itu kemudian berkata, situasi itu tidak boleh berlaku dan meminta pihak kerajaan mengambil perhatian.

This thing shouldn’t happen (perkara ini tidak sepatutnya berlaku). Saya harap pihak kerajaan dan Ketua Majlis ambil maklum mengenai perkara ini.

“Ini memberi satu senario yang tidak baik kepada kerajaan,” katanya tegas. 

Dalam soalannya, Ahmad Marzuk minta supaya Kementerian Pendidikan menyatakan peruntukan RMT dan mekanisme pemantauan makanan RMT untuk memastikan murid sekolah mendapat makanan yang berkhasiat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya