Parlimen: Kerajaan akan permudah cara proses untuk tarik pelabur

Parlimen: Kerajaan akan permudah cara proses untuk tarik pelabur

STEVEN SIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan kukuhkan ekonomi negara melalui kaedah memudah cara proses kemasukan pelaburan ke dalam negara. 

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata, walaupun dunia akan berhadapan kegawatan ekonomi pada tahun ini, ekonomi Malaysia dijangka berkembang dan positif. 

“Kerajaan akan terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan yang saksama untuk rakyat serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang lebih menarik dengan memudah cara proses pelaburan. 

“Kita juga akan mewujudkan lebih banyak syarikat pemula berinovasi tinggi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal.

“Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas, kerajaan melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan juga pelbagai insentif dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM64 bilion,” jelasnya di Dewan Rakyat. 

Semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) itu, Steven juga mengatakan program Menu Rahmah dan Jualan Rahmah di bawah agenda Payung Rahmah dilaksana di samping program penetapan harga siling serta penyeragaman harga bagi barangan keperluan asas tertentu diteruskan. 

Selain itu, bagi membina semula Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam tempoh pasca pandemik, kerajaan  menyediakan dana insentif, potongan cukai, pinjaman dan jaminan pembiayaan dengan peruntukan lebih RM40 bilion.

“Melalui pemerkasaan sektor PMKS, secara langsung kita membangunkan ekonomi negara dan secara tidak langsungnya mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan setimpal untuk rakyat,” katanya. 

Terdahulu, Wan Hassan Mohd Ramli [Dungun-PN] minta supaya kementerian kewangan menjelaskan langkah-langkah yang telah diambil kerajaan bagi menangani masalah kegawatan ekonomi 2023 untuk meminimumkan kesannya terhadap rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.