PARLIMEN: Jangan tanya soalan tidak berkaitan

PARLIMEN: Jangan tanya soalan tidak berkaitan – Timbalan Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Rakyat diingatkan supaya tidak mengajukan soalan tambahan yang tiada kaitan dengan soalan lisan semasa persidangan berlangsung.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor berkata, jika ada yang berbuat demikian, menteri boleh memilih untuk tidak menjawab soalan tersebut.

“Ingin saya ingatkan ahli Dewan apabila soalan lisan, soalan tambahan dan berikutnya hendaklah ada kaitan. Jika tidak ada kaitan, menteri boleh memilih tidak menjawab pun dan saya benarkan tidak menjawab.

“Ambil maklum kepada mereka yang baharu dalam Dewan dan yang lama juga sebagai satu ingatan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) menyoal Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sejauh mana usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) penerbangan berlandaskan syariah.

Sebelum itu, Anthony menjawab soalan lisan berhubung Projek Kedah Aerotropolis daripada Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai).

Bagaimanapun, Anthony tetap menjawab soalan daripada Jamaludin dengan menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai halangan tersebut kerana ia terpulang kepada syarikat penerbangan.

“Dari segi pematuhan syarikat sebagainya, ia terpulang kepada mana-mana syarikat penerbangan dan kementerian tidak ada masalah. Tidak ada halangan kepada syarikat hendak mengadakan apa-apa model atau pendekatan pematuhan syariah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya