Harga lantai getah sekerap, kos umrah, kegawatan ekonomi

(PARLIMEN) Harga lantai getah sekerap, kos umrah, kegawatan ekonomi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.50 ke RM4.50 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) dijangka bertanyakan soalan itu kepada Menteri Perladangan dan Komoditi menerusi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pukul 10 pagi ini.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) pula akan meminta Menteri Kewangan menyatakan pelan kerajaan dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini.

Beliau juga akan meminta kerajaan jika bersedia menyediakan insentif dan bantuan seperti subsidi upah, geran khas kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bantuan-bantuan lain seperti yang telah dilaksana kerajaan sebelum ini.

Bagaimanapun, Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) terlebih dahulu akan bertanya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan rancangan kementerian untuk merancakkan aktiviti pertanian di kawasan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar dan jika kerajaan meneruskan pelaksanaan program SMART PBB di kawasan itu.

Seterusnya, Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan perancangan kementerian menyediakan kemudahan berupa tapak rehat dan rekreasi (R&R) di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo khususnya di antara Bandar Sibu dan Bintulu.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi yang tinggi ketika ini.

Bagi aturan mesyuarat dan usul-usul pula, Menteri Kewangan dijangka menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibaca kali yang kedua.

Dewan Rakyat juga menyambung semula perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya