Banjir, ombudsman Malaysia antara tumpuan Dewan Rakyat

(PARLIMEN) Banjir, ombudsman Malaysia antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Implikasi kepada ekonomi negara dengan komitmen pelaburan oleh Amazon Web Services bernilai RM25.5 bilion menjelang tahun 2027 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) dijangka bertanya soalan itu menerusi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri.

Beliau juga akan meminta kerajaan menjelaskan bagaimana perancangan selanjutnya bagi memastikan lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi masuk ke Malaysia.

Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan mengapa kerajaan Persekutuan masih tidak melaksanakan darurat banjir khususnya di Johor memandangkan situasi semakin buruk.

Yusuf Abd. Wahab (GPS-Tanjong Manis) meminta Perdana Menteri menyatakan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan memerlukan Sabah dan Sarawak mempersiapkan diri terutama dari aspek pembangunan sempadan, infrastruktur jalan dan modal insan.

Sementara itu, bagi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) dijangka meminta kerajaan menjelaskan langkah kerajaan untuk mewujudkan sistem ombudsman bagi menangani salah laku dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam termasuk pihak berkuasa.

Cha Kee Chin (PH-Rasah) pula akan meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan secara terperinci bagaimana ‘Jualan Rahmah’ yang telah dilancarkan pada 11 Januari lalu dilaksana.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan menjelaskan jika inisiatif itu mendapat sambutan daripada pasar raya atau kedai di seluruh negara selain keberkesanannya dalam mengurangkan kos sara hidup.

Bagaimanapun, sesi pertanyaan bagi jawab lisan akan didahului dengan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) yang meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan status pencapaian internet berkelajuan tinggi di Sabah yang sepatutnya negeri itu telah beralih kepada teknologi 5G.

Bagi aturan mesyuarat dan usul-usul pula, Menteri Kewangan dijangka menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibaca kali yang kedua.

Dewan Rakyat juga menyambung semula perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya