‘Nak jadi angkasawan di bulan? Pandu sahaja kereta di Sabah’

‘Nak jadi angkasawan di bulan? Pandu sahaja kereta di Sabah’ – Sindir Ahli Parlimen

sabah
JALAN tanah merah yang masih digunakan penduduk Kampung Melangkap, Kota Marudu, Sabah. – UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sabah menyamakan jalan di negeri itu sama dengan permukaan bulan yang berkawah.

Keluhan itu disuarakan Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) selepas mendapat rungutan rakyat Sabah, malah secara berseloroh mana-mana rakyat Malaysia mahu merasai pengalaman seorang angkasawan berada di bulan boleh ke negeri itu dengan memandu sendiri kenderaan.

“Jalan raya itu juga banyak kerosakan, berlubang-lubang sehingga pada suatu ketika, di jalan Tuaran, lebih lima kereta tersadai di tepi jalan. Tayar pecah dan rim bengkok.

“Sekiranya ada yang nak jadi angkasawan hari ini, jangan risau. Semuanya kini jadi lebih mudah. Anda hanya perlu datang pandu kereta di Sabah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 pada peringkat jawatankuasa di Parlimen hari ini.

Malah katanya, jalan raya yang rosak itu bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya, malah turut menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya di negeri itu.

“Kesesakan di sepanjang jalan Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupit dan Sandakan sudah berkali-kali disuarakan di Dewan Rakyat ini, disebabkan jalan raya tersebut mengalami banyak kerosakan, jalan berlubang dan sehingga pada suatu ketika di jalan Tuaran lebih daripada lima kereta tersadai kerana tayar pecah dan rim bengkok,” katanya.

Madius dalam masa yang sama turut mendakwa sejak projek Lebuhraya Pan Borneo, ia menyebabkan masalah banjir sambil meminta kerajaan membentangkan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) membabitkan projek tersebut.

“Saya boleh katakan rakyat Sabah tak puas hati dengan pencapaian pelaksanaan projek Pan Borneo, banyak kesan sampingan berlaku seperti banjir mengakibatkan banyak kerosakan harta benda.

“Apakah laporan EIA telah dibuat untuk projek ini dan apakah laporan itu hanya satu laporan sepanjang jajaran 2,239 kilometer lebuh raya tersebut atau EIA dipecah mengikut pakej-pakej perjalanan projek, kalau betul berapa bilangan laporan EIA dilakukan?” Soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.