Naim Daniel diiktiraf Malaysia Book of Records - Utusan Malaysia

Naim Daniel diiktiraf Malaysia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Penyanyi, Naim Daniel menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR ) kerana menjadi penyanyi pertama yang menyanyi secara terbalik dalam sesebuah persembahan secara langsung.

Naim atau nema sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin menerima pengiktirafan tersebut menerusi persembahan nyanyian secara tergantung dan terbalik ketika Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) lalu.

Berkongsi kegembiraan tersebut, Naim berkata, pengiktirafan itu merupakan sejarah yang cukup membanggakan sebagai seorang anak seni dan dia tidak akan berhenti memberi yang terbaik dalam kerjayanya.

“Hilang dalam kegembiraan sebenarnya. Ini satu pembukaan yang baik dalam melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.

“Pengiktirafan yang diberikan menyuntik semangat untuk terus berani menghasilkan sesuatu perkara baharu.

“Hari ini satu lagi sejarah tercatat dalam perjalanan saya sebagai anak seni dan semua itu takkan terhenti di sini selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa anda semua,” ujarnya.

Naim membuat persembahan tersebut menerusi lagu Mainan ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga serta lirik Arisz Ab. Rahman.

Sementara itu, pelakon Projek: High Council itu juga menasihatkan anak-anak muda khususnya penggiat seni untuk berani mencuba dalam setiap perkara yang dilakukan.

Terdahulu, Naim memaklumkan dia menjalani latihan antara tiga hingga empat hari bagi menjayakan persembahan secara tergantung dan terbalik tersebut.

Malah, pelakon itu turut mendapatkan khidmat nasihat doktor selain merealisasikan aksi berkenaan di bawah pemantauan profesional termasuk pasukan perubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.