MOTS tubuh jawatankuasa khas tangani isu pendaftaran

MOTS tubuh jawatankuasa khas tangani isu pendaftaran kapal Sarawak

LEE bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Program Taklimat berkaitan cadangan dan survei isu kapal Sarawak di Kuching, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji, merancang dan membuat cadangan untuk mengatasi isu pendaftaran klasifikasi kapal atas 500 tan kasar (GT) di Sarawak.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata jawatankuasa khas itu nanti akan diketuai oleh Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak.

“Kita telah memutuskan untuk membentuk pasukan petugas untuk meneliti butiran dan mengemukakan cadangan.

“Sementara itu, dalam taklimat tadi kita juga telah mengesa agar Persatuan Pemilik Kapal Sarawak dan Sabah (SSSA) mengemukakan cadangan mereka dalam tempoh sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Taklimat berkaitan cadangan dan survei kapal Sarawak di Kuching, malam tadi.

Ujarnya lagi, ia akan turut dianggotai oleh pelbagai pihak berkepentingan antaranya Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Persatuan Pemilik Kapal Sabah dan Sarawak, Persatuan Industri Maritim Sarawak dan badan klasifikasi kapal Malaysia, selain kementeriannya.

“Kementerian berpendapat sudah tiba masanya langkah diambil bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pemain industri perkapalan mengenai pendaftaran kapal dan tinjauan kapal di perairan Sarawak.

“Pada masa ini, kapal melebihi 500GT mesti ditinjau oleh Pejabat Pendaftaran Kapal Malaysia (KM), yang menyebabkan beberapa kesulitan kepada pemain industri perkapalan di Sarawak,” jelas Kim Shin.

Tegasnya lagi, industri perkapalan merupakan asset penting dalam pembangunan ekonomi di Sarawak terutamanya dalam menyokong Pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS) 2030 daripada pelbagai sektor.

“Justeru itu, penggiat industri ini perlu berkumpul dan membuat perincian serta mengemukakan cadangan sebelum membuat sebarang keputusan dan menyerahkannya kepada jabatan marin mengenai perkara ini,” dedahnya.

“Penubuhan jawatankuasa ini amat penting untuk menyelesaikan isu pendaftaran kapal dan pemeriksaan kapal melebihi 500GT di perairan Sarawak bagi memudahkan pengangkutan barangan keperluan, khususnya semasa krisis seperti pandemik Covid-19.

Antara pihak berkepentingan selain kementeriannya yang turut anggotai jawatankuasa khas tersebut terdiri daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Persatuan Pemilik Kapal Sarawak dan Sabah (SSSA), Persatuan Industri Maritim Sarawak (SAMIN) dan Badan Klasifikasi Kapal Malaysia (SCM).-utusan

End.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.