BUTTERWORTH: Seorang pengarah syarikat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan RM1.2 juta. Tertuduh, Choo Peng Hoong, 41, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof. Mengikut semua pertuduhan, Peng Hoong yang ketika kejadian memegang jawatan pengarah syarikat Choo Marketing Sdn. Bhd. didakwa memindahkan sejumlah wang dipercayai hasil aktiviti haram berjumlah RM1.2 juta daripada akaun bank syarikat ke sembilan akaun lain. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan Maybank Berhad di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya