SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan memperluaskan penggunaan panel solar di bangunan dan premis miliknya dalam usaha bandar raya ini menuju ke arah bandar pintar dan rendah karbon menjelang tahun 2027. Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, untuk tujuan itu juga pihaknya dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dalam bandar Seremban selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik dan akan turut membanyakkan lagi tempat pengecas kenderaan elektrik di bandar ini. “Kami…










