Lokasi kedua program Proklamasi Melayu dihadiri Tun M batal lagi  - Utusan Malaysia

Lokasi kedua program Proklamasi Melayu dihadiri Tun M batal lagi 

mahathir
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lokasi kedua bagi penganjuran program dinamakan Proklamasi Melayu yang dijadual disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada esok terpaksa dibatalkan.

Sekretariat Proklamasi Orang Melayu dalam kenyataan berkata, pihak pengurusan dewan telah memaklumkan pembatalan tempahan pada pukul 9 malam tadi.

Bagaimanapun, pihak pengurusan dewan tidak menyatakan sebarang sebab atas pembatalan tempahan untuk program berkenaan.

“Program khas melibatkan Dr. Mahathir yang dijadual berlangsung pada Ahad (esok) menghadapi kesulitan apabila tempahan lokasi awal terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal, maka, pihak penganjur terpaksa memilih lokasi baharu.

“Kami memohon ribuan maaf kepada para tetamu jemputan kerana perubahan lokasi sebanyak dua kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir dijangka menjadi tetamu kehormat pada pelancaran program berkenaan di sebuah hotel di ibu negara. Bagaimanapun, program itu kemudian dipindah ke lokasi lain semalam atas masalah tertentu.

Himpunan itu difahamkan dianjur oleh Sekretariat Tanah Air, dan terdapat sumber mengesahkan ia tiada kaitan dengan pejabat bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.

Dr. Mahathir dilaporkan akan hadir ke program itu atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai wakil parti yang baharu disertainya iaitu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Difahamkan, ia bukan acara politik sebaliknya membincangkan isu-isu berkaitan komuniti Melayu, manakala Dr. Mahathir dijadual memberi ucapan serta menandatangani proklamasi dalam program berkenaan.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan tidak sekali-kali mengizinkan sebarang usaha oleh pihak tertentu untuk cuba mengadu domba dan menghangat suhu kaum dan agama di negara ini.

Katanya, ada pihak dalam kalangan orang yang kehilangan kuasa cuba meniup api perkauman dan agama.

Bagaimanapun, beliau menyebut secara khusus nama pemimpin atau sesuatu pihak selain tidak merujuk kepada perhimpunan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya