KUALA LUMPUR: Pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa tidak boleh bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya memerlukan sistem yang telus serta kepimpinan yang tegas. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, integriti perlu diperkukuh melalui budaya kerja yang menjunjung akauntabiliti bagi memastikan setiap tindakan dan keputusan dibuat secara bertanggungjawab. Katanya, prinsip bahawa jawatan bukan satu keistimewaan perlu dihayati bagi memastikan setiap tanggungjawab dipikul dengan integriti tinggi. “Integriti tidak…










