Lelaki maut tersepit dalam kemalangan

Lelaki maut tersepit dalam kemalangan

poster kemalangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki maut dalam kemalangan  dua kenderaan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Bandar Tasik Selatan, Cheras dekat sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 7.30 pagi.

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Ford Everest dan Nissan Almera yang berlaku berhampiran stesen minyak Shell Bandar Tasik Selatan

“Terdapat seorang mangsa lelaki tempatan berusia 46 tahun yang memandu Nissan Almera tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz  atau HUKM dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya