Cucur udang Kampung Pandan

Cucur udang Kampung Pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam menjadikan cucur udang antara kuih kegemaran ramai.

Hidangan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada ketika sarapan, tengah hari, minum petang mahupun sebagai kudapan malam.

Sebagai pelengkap rasa, hidangkan bersama sos cili atau kuah kacang.

Bahan-bahan
• 1 cawan tepung gandum
• 2 sudu besar tepung beras
• 1 biji telur
• 1 cawan air
• 1/2 sudu teh garam
• 1/2 sudu teh serbuk kunyit
• 1 batang daun bawang (dihiris halus)
• 1/2 cawan taugeh
• 10 ekor udang sederhana
• Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan
• Satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan serbuk kunyit di dalam mangkuk.
• Masukkan telur dan air kemudian kacau hingga sebati.
• Tambahkan daun bawang dan taugeh ke dalam adunan.
• Panaskan minyak di dalam kuali.
• Ambil satu senduk adunan dan letakkan seekor udang di atasnya.
• Goreng hingga keemasan dan rangup.
• Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.

Kredit: Saleha Abdullah

Lokasi: Nasi Lemak Saleha

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN