Lelaki maut kenderaan langgar tiang lampu

Lelaki maut kenderaan langgar tiang lampu

Operator maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki warga emas melanggar tiang lampu di Jalan Klang Lama awal pagi ini sehingga mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, membabitkan kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berhampiran sebuah kilang dekat sini pada pukul 12.10 malam.

“Mangsa berusia 66 tahun itu dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu di tepi jalan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa merupakan lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor A Navalan di talian014-2536820 bagi membantu siasatan,” jelasnya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.