Kutipan naik, pelaburan tertinggi dalam 40 tahun - Utusan Malaysia

Kutipan naik, pelaburan tertinggi dalam 40 tahun

Kutipan
AMIRUDIN Shari menyampaikan sumbangan Ramadan kepada wakil masjid pada Program Jelajah Kita Selangor Penyayang di Waterfront Banting di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Selangor mencatatkan kutipan hasil negeri bagi 2022 melepasi sasaran apabila berjaya memperoleh RM2.5 bilion berbanding RM2.05 bilion dan jumlah tersebut meningkat sekitar 13 peratus berbanding 2021.

Malah, kutipan pada 2021 juga disifatkan sebagai tinggi ketika ekonomi negara sedang bergelut untuk keluar daripada kesan pandemik Covid-19 yang dalam masa sama melanda turut melanda global.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kutipan hasil itu turut disumbang oleh peningkatan jumlah nilai pelaburan negeri tersebut yang mencapai angka tertinggi dalam tempoh 40 tahun iaitu RM25 juta.

“Pelaburan sebanyak RM25 tersebut adalah pelaburan tertinggi yang dicatatkan kerajaan negeri sejak 40 tahun lalu.

“Hasil yang dikutip juga semakin meningkat setiap tahun. Tahun 2008 kutipan hasil adalah RM1.5 bilion, tahun 2009 RM1.7 bilion yang mana pada masa itu kita berbelanja sekitar RM1.4 hingga RM1.7 bilion,” katanya berucap pada Program Jelajah Kita Selangor Penyayang di Waterfront Banting, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, ketika ekonomi negara memulih pada 2021, kerajaan negeri membelanjakan lebih RM200 juta daripada rezab dalam Tabung Warisan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

“Saya hendak maklumkan bahawa kita mampu membeli vaksin kita sendiri dan kita satu-satunya negeri yang membelikan dos vaksin untuk rakyat. Kita beli 900,000 (dos vaksin) dan kita bagi percuma sebanyak 700,000.

“Ini bermakna 350,000 rakyat negeri ini mendapat dua dos vaksin secara percuma dan secara tidak langsung mendapat manfaat daripada hasil negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.