Kumpul RM3 juta beli kontena mangsa gempa bumi

Kumpul RM3 juta beli kontena mangsa gempa bumi di Turkiye, Syria

ABDUL Hadi Awang menerima replika cek sumbangan dalam Majlis Berbuka Puasa sempena Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PasRelief menyasarkan kutipan dana sebanyak RM3 juta dalam misi membantu mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kutipan dibuat bagi memastikan  pembelian kontena dapat dilaksanakan demi memenuhi keperluan mangsa gempa bumi di kedua-dua negara berkenaan.

Setakat ini kata beliau, pihaknya telah menyumbang sebanyak 10 rumah kontena menerusi empat misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan di negara berkenaan sejak lebih sebulan lalu.

“Untuk harga rumah kontena ini menelan kos RM30,000, kami menyasarkan dapat mengutip dana sebanyak RM3 juta supaya lebih banyak kontena disumbangkan untuk dibuat rumah di situ.

“Pemberian kontena ini akan dibuat secara berperingkat bagi memenuhi keperluan mangsa di sana lebih-lebih lagi kontena ini mempunyai kemudahan bilik air,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Sempena Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria Bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir dalam majlis itu berkata, beliau menetapkan sasaran setiap masjid di negara ini dapat menyumbang satu rumah kontena kepada mangsa gempa bumi.

“Kita mempunyai 6,514 masjid. Kalau dikumpul setiap satu masjid dapat memberi sebuah kontena, itu lebih baik. 

“Benda agak mengejut apabila sumbangan rumah kontena begitu penting kerana di sana sudah memasuki musim sejuk dan khemah tidak sesuai lagi untuk mangsa gempa di Turkiye dan Syria,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.