KPDN laksana Op Tiris banteras ketirisan diesel subsidi

KPDN laksana Op Tiris banteras ketirisan diesel subsidi

KPDN berjaya menumpaskan satu sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini. - GAMBAR IHSAN KPDN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Op Tiris bermula hari ini hingga 31 Ogos depan bagi membanteras ketirisan subsidi berdiesel di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, pelaksanaan Op Tiris itu diputuskan menerusi mesyuarat bersama antara pelbagai kementerian dan agensi berkaitan hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan operasi itu penting bagi memastikan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya.

“Selain itu, dua jawatankuasa ditubuhkan di dalam pelaksanaan Op Tiris ini iaitu Jawatankuasa Pemandu (JKP) dan Jawatankuasa Teknikal (JKT).

“KPDN sentiasa memperkasakan penguatkuasaan tegas di semua peringkat, kawasan dan lokaliti termasuk kawasan kepulauan, kawasan sempadan, kawasan perindustrian/eksport, kawasan bandar serta di luar bandar,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, berdasarkan statistik penguatkuasaan KPDN sejak tahun 2019 sehingga Januari lalu, sebanyak 3,085 kes direkodkan dengan nilai rampasan sebanyak RM82.56 juta.

Azman berkata, bagi kes-kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 pula, sebanyak 1,243 kes direkodkan dengan nilai rampasan sebanyak RM 101.91 juta.

Menurutnya, sejumlah 1,411 kes telah dihasilkan melibatkan barang kawalan diesel dan petrol dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 27.90 juta dalam tempoh yang sama.

“Daripada jumlah keseluruhan kes itu, sebanyak 2,719 kes dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 11.07 juta manakala 21 kes lagi didenda oleh mahkamah dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM 523,800.

“KPDN mengambil tindakan segera dengan mewujudkan jawatankuasa petugas khas bagi mengenal pasti punca ketirisan diesel itu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2023 lalu turut membangkitkan isu kewujudan ketirisan dalam pelaksanaan subsidi diesel yang dianggarkan berjumlah hampir RM10 bilion pada tahun lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya