KPDN anjur kenduri Menu Rahmah di parlimen 

KPDN anjur kenduri Menu Rahmah di parlimen 

ANWAR Ibrahim dalam program Kenduri Menu Rahmah Kasih Sayang anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 jenama terlibat dalam program Kenduri Menu Rahmah Kasih Sayang anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Parlimen, Kuala Lumpur. 

Ia sebagai usaha kerajaan dalam mempromosikan menu rahman bernilai RM5 bagi meringankan beban rakyat. 

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim. 

Turut hadir, ahli parlimen terdiri daripada kerajaan dan juga pembangkang. 

Antara jenama yang terlibat dalam kenduri Menu Rahmah hari ini adalah Texas Chicken Malaysia, Mydin, Mios Kitchen, Bubblebee, Oldtown White Coffee dan Plus Malaysia Berhad. 

Selain itu, Temerloh Catering Sdn Bhd, A&W Malaysia, Mc Donalds Malaysia dan Sahabat Tomyam Prihatin Semalaysia turut terlibat dalam kenduri berkenaan. 

Salahuddin ketika ditemui turut berkata, beliau menghargai usaha setiap pemain industri yang turut bekerjasama menjayakan program kenduri rahmah ini. 

“Sebagaimana yang saya janjikan, kami KPDN menganjurkan kenduri rahmah, kita pamerkan kepada masyarakat bahawa janji kita dengan rakyat bukan satu menu yang lekeh. Saya ucap terima kasih kepada semua pemain industri, sekecil-kecil pun berniaga di bawah pokok, mereka tidak berkompromi tentang kualiti dan kuantiti, ” katanya. 

Beliau dalam masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa kementerian yang terlibat dalam memperluaskan lagi program ini bagi meringankan beban rakyat. 

“Kepada menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang ambil inisiatif, hampir semua outlet di Rehat & Rawat (R&R) Utara Selatan menyajikan Menu Rahmah, ua sudah pasti memberi kegembiraan kepada pengunjung dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang telah memberikan beberapa kemudahan penyewaan di semua premis universiti, dari RM kepada RM3.50.

“ini semua berita gembira kepada universiti yang dapat menikmati hidangan mereka sampai malam. Dengan RM10 boleh sarapan pagi, makan tengah hari dan malam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya