Komponen PN semakin dapat sambutan - Utusan Malaysia

Komponen PN semakin dapat sambutan

ABDUL Hadi Awang (empat dari kiri)  bergambar bersama penerima-penerima Anugerah As-Sabiqun sempena sambutan Hari As-Sabiqun di Rusila, Marang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Hasrat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai komponen Perikatan Nasional (PN) membuktikan gabungan tersebut semakin mendapat sambutan daripada parti-parti politik lain.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, gabungan tersebut juga sedia menerima permohonan parti-parti politik yang berminat menyertai PN.

Bagaimanapun, menurutnya, PN akan meneliti dan mengadakan perbincangan terdahulu syarat-syarat permohonan parti terlibat.

“Itu menandakan PN mendapat sambutan daripada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari As-Sabiqun 2.0 di Rusila di sini ini.

Pada 2 Februari lalu, Presiden Pejuang,  Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, Pejuang memohon untuk menyertai PN dan sudah mengutuskan surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya partinya diterima sebagai anggota komponen.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula memberitahu, setakat ini, PN menerima dua permohonan iaitu daripada Pejuang dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) untuk menyertai PN.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas memberitahu, beliau juga telah menerima surat permohonan Pejuang menyertai PN sebelum ini.

Jelasnya, permohonan Pejuang itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN sebelum diluluskan.

“Setakat ini, saya belum menerima surat jemputan mesyuarat tersebut daripada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya