Kerajaan teliti pemilihan Ketua SPRM libatkan

Kerajaan teliti pemilihan Ketua SPRM libatkan Jawatankuasa Khas Parlimen

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses pemilihan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan diteliti kerajaan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia akan dilakukan oleh pihak yang berkaitan bagi tindakan sewajarnya. 

“Kerajaan amat terbuka akan pandangan dan saranan yang disuarakan daripada pelbagai pihak bagi meningkatkan keberkesanan SPRM,” katanya ringkas dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat. 

Sebelum ini, terdapat gesaan daripada pelbagai pihak supaya SPRM dan pemilihan ketuanya diletak terus di bawah kuasa Parlimen bagi memastikan urusan agensi itu lebih bebas, telus dan tidak dituduh berat sebelah dalam sebarang keputusannya.

Antara pihak yang menggesa pembaharuan itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Transparency International Malaysia (TI-M).

Awal bulan lalu, SPRM dilaporkan terbuka dengan cadangan pelantikan ketua dan pegawai kanan agensi itu diletakkan di bawah Parlimen, seperti yang disuarakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Johari dilaporkan berkata, pemilihan ketua agensi ‘sensitif’ itu terus di bawah Parlimen adalah kaedah terbaik untuk memastikan badan berkenaan bebas, selain tidak condong memihak kepada individu atau pihak tertentu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini agensi penguatkuasaan itu masih belum dipanggil untuk terbabit dalam perbincangan berkaitan perkara berkenaan. 

Bagaimanapun, beliau sebelum itu dilaporkan media tempatan berkata, SPRM sudah pun menjadi sebuah institusi bebas dan tidak perlu diletakkan di bawah Parlimen.

Katanya, lebih baik tumpuan diberi kepada tugas ketua pesuruhjaya supaya selamat daripada penyingkiran secara mengejut.

Beliau berkata, jawatan ketua pesuruhjaya sepatutnya mempunyai tempoh jaminan perkhidmatan dan sebarang penyingkiran hendaklah tertakluk kepada tribunal, sama seperti seorang hakim disingkirkan.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya