Komen peminat selepas konsert pencetus saya aktif di Threads - Nourul Depp - Utusan Malaysia

Komen peminat selepas konsert pencetus saya aktif di Threads – Nourul Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Nourul Depp, mengakui impak penganjuran Konsert For You Nourul sebelum ini menjadi pencetus utama yang menarik minatnya untuk aktif menggunakan aplikasi Threads.

Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 49, berkata, meskipun akaun media sosial tersebut sudah lama dibuka, dia sebelum ini jarang membaca perkongsian di platform berkenaan.

“Sebab itulah yang nampak banyak saya di Threads itu adalah kerana Konsert For You tersebut. Kalau tidak disebabkan kerana konsert itu, mungkin saya hanya biasa-biasa sahaja di Threads.

“Sebelum ini, saya tidak berani mahu komen atau buat apa-apa, tetapi kerana ramai peminat yang komen, saya mula tahu cara penggunanya berinteraksi.

Mereka sangat berfikiran terbuka dan ada kalanya kelakar apabila saya baca satu per satu komen yang ditinggalkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Nourul, dia gemar meneliti perkongsian di media sosial tersebut kerana mahu mengetahui kisah hidup dan pandangan individu secara lebih dekat.

“Saya sebenarnya suka berkomunikasi dengan peminat dan orang lain sebab saya mahu tahu pendapat mereka. Apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka.

“Benda ini berguna untuk kerjaya nyanyian saya dan juga sebagai pakar motivasi. Jadi saya suka berkomunikasi dengan orang sebab setiap daripada kita ada cerita masing-masing,” katanya.

Nourul berkata, jika bukan sebab peminat yang menariknya ke situ, mungkin penyanyi lagu Cinta Azali ini tidak sebegitu aktif dalam aplikasi berkenaan.

“Terima kasih kepada peminat yang menarik saya ke aplikasi Threads ini. Sebab merekalah saya ke situ. Kalau bukan sebab mereka, Threads itu biasa-biasa sahaja bagi saya. Sebab saya hanya aktif di Instagram dan Tiktok sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN